60 Asnaf Tok Saboh Terima Zakat
BESUT, 27 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh, terus melaksanakan inisiatif bagi memastikan kebajikan penduduk di sini terbela.
Pada kali ini, beliau telah menyampaikan sumbangan zakat kepada 60 orang golongan asnaf di Kampung Tok Saboh. Sumbangan ini adalah hasil Kedai Emas Sri Ayu miliknya.
Katanya, bantuan ini adalah salah satu cara untuk memastikan golongan asnaf tidak terpinggir dan dapat sedikit sebanyak dapat membantu melakukan persiapan Hari Raya.
“Zakat adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima dan memberi mereka harapan untuk masa depan yang lebih cerah,” katanya ketika ditemui semasa menyerahkan sumbangan tersebut diakan di Masjid Haji Yaacob Kampung Tok Saboh, di sini, semalam.
Majlis tersebut berakhir dengan doa dan harapan agar lebih banyak inisiatif seperti ini dapat dilaksanakan di masa hadapan untuk membantu golongan yang memerlukan. Azbi Salleh berjanji akan terus berusaha untuk memastikan kebajikan masyarakat sentiasa terjaga.