Bandar Raya Kuala Terengganu Bergelap Sambut Earth Hour




Seluruh Bandar Raya Kuala Terengganu termasuk premis perniagaan serta bangunan kerajaan bakal bergelap selama sejam bermula jam 9 malam pada 25 Mac ini,  bagi menzahirkan sokongan kepada program Earth Hour yang disambut di seluruh dunia.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Zulkifli Abu Bakar berkata sebagai tanda sokongan program yang diadakan di seluruh dunia pada masa yang sama itu, MBKT turut mengadakan beberapa program lain sepanjang malam berkenaan.

“Pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan antaranya Night Walk serta pameran-pameran persembahan di Pulau Warisan, Kuala Terengganu pada malam tersebut bermula.

“Bagi Night Walk, ianya akan bermula apabila lampu-lampu dipadamkan pada jam 9 malam. Laluan yang akan dilalui adalah dari Pulau Warisan dan seterusnya ke Kampung Cina, Pasar Payang, Jalan Banggol, Kampung Tiong, dan kembali ke Pulau Warisan sejauh 1.36 kilometer,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli menjemput orang ramai bersama-sama memeriahkan program tersebut di samping menunjukkan sokongan kepada program yang dijalankan serentak di seluruh dunia itu.

Tag: