• 19 Sept 2024 | 15 Rabiul Awal 1446

Banjir : Jumlah Mangsa Berkurangan


Jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurangan kepada 3,900 orang daripada 1,061 keluarga pada tengah hari ini, berbanding 11,090 orang daripada 3,264  keluarga pagi semalam.

Hanya 60 pusat pemindahan yang masih dibuka di semua daerah berbanding 134 pusat pemindahan sebelum ini.

Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my hari ini, Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi berada di lapan pusat pemindahan iaitu seramai 970 orang daripada 290 keluarga.

Di Dungun pula, 912 mangsa daripada 236 keluarga masih ditempatkan di 15 pusat pemindahan.

Manakala di Besut seramai 834 orang daripada 231 keluarga masih berada di 17 pusat pemindahan.

560 mangsa daripada 149 keluarga pula masih berada di 12 pusat pemindahan di Setiu.

Kemaman pula mencatatkan 455 mangsa daripada 120 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan.

Manakala, Kuala Terengganu dan Marang pula merekodkan jumlah kecil iaitu 130 mangsa daripada 22 keluarga yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan bagi Kuala Terenganu dan sebuah pusat pemindahan masih dibuka di Marang yang menempatkan 39 mangsa dari 13 keluarga.



Tag: