Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin dan positif kemampuan Barisan Nasional (BN) untuk terus mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.
Katanya, keyakinan itu bersandarkan kepada satistik yang telah diperlihatkan menerusi beberapa kaji selidik yang dijalankan oleh semua termasuk jentera parti.
"Malah kami amat yakin dengan kesiapsiagaan jentera dari akar umbi peringkat DUN, Parlimen dan juga Negeri.
"Keyakinan ini bertambah apabila melihat komitmen yang luar biasa telah saya perhatikan bukan sahaja semangat kepimpinan sepasukanyang dibawa YAB Menteri Besar Terengganu, namun saya lihat Setiausaha Kerajaan Negeri bersama pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan jalinan rangkaian kerjasama yang cukup erat dan ini amat penting kerana rakyat harus didahulukan,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melancarkan Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.
Hadir sama isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri Besar, Dato’ seri Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi wan Ismail
Tambahnya, kejayaaan ini akan dapat dilipatgandakan jika BN terus mendapat mandat pada PRU14 ini.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pemilihan calon BN adalah bersandarkan kepada metodologi dan ujikaji terutama mengutamakan kriteria peribadi individu yang disenangi pengundi, daya kemenangan calon, selain daya masa depan yang mampu menjaga kepentingan pengundi yang diwakilinya serta mampu mewujudkan rasa kekitaan di kalangan wakil rakyat yang ada akan diketengahkan di peringkat negeri juga Pusat.