KUALA TERENGGANU, 6 Mei — Daurah Kitab Perdana Fiqh Korban dan Sembelihan mencatatkan sambutan luar biasa dengan kehadiran hampir 400 peserta dari dalam dan luar Terengganu.
Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Buluh Gading (PKMDBG) dengan kerjasama Masjid Al Ikhlas, Kampung Banggol Tuan Muda itu bertujuan memperkasa budaya ilmu dalam kalangan masyarakat, khususnya berkaitan ibadah korban dan sembelihan, di samping mendekatkan masyarakat kepada pengajian kitab.

“Program ini sangat bertepatan dengan suasana semasa kerana kita akan menghadapi Hari Raya Korban tidak lama lagi. Ia memberi pendedahan terus kepada masyarakat tentang kaedah sembelihan yang betul mengikut syarak,” katanya.

Menurut beliau, program ini turut disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar pondok, penulis kitab, pensyarah, ahli sembelihan serta orang awam yang menunjukkan sambutan amat menggalakkan terhadap pengajian ilmu agama.
Daurah berkenaan disampaikan oleh Ahli Majlis Klinik Hukum Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah yang membentangkan perbahasan fiqh korban dan sembelihan secara terperinci, tersusun dan mudah difahami.
Pengisian ilmu yang disampaikan memberi pendedahan mendalam kepada para peserta dalam memahami hukum hakam ibadah dengan lebih tepat.

Beliau turut berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan masyarakat yang berilmu, beramal dan bertaqwa.
Tag :