Jalur Gemilang
Berita :
Peruntukan Pusat Pemulihan Dadah Wajar Ditambah, Sasar Tampung 200 Pelatih
Peruntukan Pusat Pemulihan Dadah Wajar Ditambah, Sasar Tampung 200 Pelatih
Ariss Alias
6 jam yang lepas
136

KUALA TERENGGANU, 17 November – Kerajaan Negeri Terengganu diminta meningkatkan peruntukan kepada Perkampungan Darul Barakah (PDB) bagi membolehkan pusat pemulihan dadah itu menambah kapasiti sehingga 150 hingga 200 pelatih dalam satu-satu masa berbanding 80 orang ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, permintaan ibu bapa untuk menghantar anak yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan secara sukarela mahu menjalani pemulihan semakin tinggi, namun kapasiti sedia ada masih terhad.

Beliau yang juga Pengerusi PDB berkata, pusat berkenaan yang mula beroperasi pada Jun 2021 menyediakan pendekatan pemulihan secara holistik bagi membantu individu membina kehidupan baharu tanpa paksaan. 

Katanya, penambahan kapasiti itu perlu diberi keutamaan dalam Belanjawan 2027 kerana usaha memulihkan individu daripada ketagihan dadah berkait rapat dengan pemeliharaan nyawa, akal dan agama, selaras dengan prinsip Maqasid Syariah. 

Dalam perkembangan sama, beliau turut menggesa kerajaan memperluaskan semula program pembangunan belia seperti Kem Impak Belia Darul Iman (KIAM) dan Gema KIAM yang sebelum ini merekodkan 1,456 penyertaan menerusi 18 program sepanjang 2024. 

Menurutnya, program pembangunan sahsiah, jati diri dan kepimpinan perlu diperluas melalui penganjuran di setiap daerah atau kawasan DUN bagi melahirkan generasi muda berakhlak, berdisiplin dan berupaya menjadi pemimpin masa depan.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan