Sebat di Khalayak : Tiada Isu Islamofobia, Selari Prinsip Islam - Ketua Hakim Syarie
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang |
Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata kekayaan negeri harus diagihkan kepada seluruh rakyat jelata sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang.
Ini kerana katanya, Allah SWT menentukan pembahagian rezeki tidak terkecuali hanya untuk orang yang beriman sahaja tetapi juga untuk orang yang bukan Islam.
Ini dinyatakan Allah kepada Nabi Ibrahim A.S. ketika baginda meminta supaya rezeki diagihkan kepada keturunan baginda yang beriman sahaja.
"Allah Ta'ala kata, rezeki diberi kepada semua sama ada yang menentang Aku atau yang beriman, tidak terkecuali kepada sesiapa pun.
"Begitulah juga kita ketika menjadi kerajaan kena beri semua tak kira yang menyokong kita tau menentang kita," tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam satu majlis, di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, Selangor, hari ini.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar |
Terdahulu dari itu Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kebanyakan majlis menyatakan bahawa Kerajaan Terengganu tidak akan mendiskriminasikan rakyat dalam semua aspek termasuk dalam agihan bantuan kerajaan.
Kerajaan negeri telah memastikan mereka yang layak menerima bantuan mendapat hak mereka tanpa mengira latar belakang politik, kaum dan agama.
Dalam pada itu Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, turut menyebut bahawa terdapat di kalangan orang Islam yang mahu hanya al-Quran sahaja menjadi panduan dalam amal ibadat mereka sehari-hari dengan menolak Hadis Nabi s.a.w. secara bulat-bulat.
Katanya, pegangan tersebut adalah salah di sisi Islam kerana al-Quran sendiri perlu penjelasan dari Hadis Nabi s.a.w. dalam banyak perkara termasuk sembahyang, Ibadat Haji dan sebagainya.
"Ibadat sembahyang tidak dijelaskan secara detail dalam al-Quran tetapi ia dijelaskan melalui hadis Nabi yang sahih di mana Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Sembahyanglah kamu sebagaimana aku sembahyang," katanya.
Sebagaimana Al-Quran, hadis Nabi SAW ada kaedah ilmunya yang patut diketahui oleh umat Islam, tidak boleh diperkatakan semberono.
Hadis menurutnya dikategorikan kepada empat termasuk Hadis Sahih, Hassan, Dhoif dan Maudhu'.
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkata, hadis sahih terbahagi kepada hadis mutawatir dan A'ahad.
"Umat Islam wajib berpegang dengan hadis mutawatir, tidak boleh ditolak, jika ditolak ia boleh membatalkan iman," jelasnya.
Ini kerana hadis ini diriwayatkan oleh ramai perawi dan mereka pula boleh dipercayai dari segi ilmu, akhlak, sifat adil dan kuat ingatan.
"Manakala Hadis A'ahad diriwayatkan oleh hanya seorang perawi sahaja. Sementara hadis hassan diriwayatkan oleh perawi yang ada sifat pelupa sedikit, sementara hadis dhoif pula diriwayatkan oleh perawi antara lain kurang baik dari segi akhlaknya.
"Namun begitu hadis itu boleh diamalkan untuk mencari kelebihan dalam melakukan amal ibadat. Sementara hadis maudho' adalah hadis yang direka atau palsu, ianya hendaklah ditolak," tegasnya.