Pentadbiran Masjid Perlu Lapor Jika Ada Ajaran Meragukan - Sultan Mizan
KUALA NERUS, 15 Disember - Ibu bapa adalah kunci di sebalik kejayaan Qabil Irfan Azlan yang muncul juara dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol baru-baru ini.
Ayah Qabil, Azlan Abd Rahman berkata, minat anaknya itu terhadap motosikal bermula semasa berusia 4 tahun.
"Masa itu dia minta kami belikan motosikal jadi kami tunaikanlah sebagai pendedahan awal. Jadi, Alhamdulillah dengan berkat usaha dia sendiri kita pun latih dia dan menyertai beberapa program daripada kelab-kelab permotoran antaranya Zulfahmi Khairuddin Racing (ZK Racing), ZK Racing banyak membantu Qabil dan hasilnya Qabil dinobatkan selaku juara dunia.
"Qabil sekolah macam biasa, bila belajar dia belajar, tiba masa mengaji dia mengaji, tak boleh lalai dengan minat dia, kena seimbangkan perkara itu, pada waktu petang pula dia turun berlatih," jelasnya.
Dia berkata demikian pada program Exclusive Meet And Greet With World Champions FIM Mini GP 2023 (Inisiatif Qabil Irfan), di Litar Permotoran, Gong Badak, di sini baru-baru ini.
Turut hadir dalam program tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim.
Ditanya apa perasaan seorang bapa dan harapan, dia menjawab semestinya gembira selaku rakyat Malaysia, namun tidak mahu orang ramai terlalu memuji Qabil.
"Elakkan terlalu memuji Qabil terlalu banyak kerana dengan pujian akan menjatuhkan dia, jadi kita hanya meminta doa orang ramai," tegasnya lagi
Sementara itu, Jurulatih Qabil, Zulfahmi Khairuddin berkata, sebagai jurulatih FIM MiniGP, beliau sedikit sebanyak memberi 'guideline' kepada semua ibu-bapa serta penjaga mengenai perlumbaan.
"Jadual adik Qabil setiap petang selepas sesi persekolahan, jadi apabila saya melihat beliau sangat berbakat dan yang sangat kuat berusaha.
"Kalau duduk di Kuala Lumpur bersama saya, saya tahu rutin harian dia setiap petang nak bermain motor sama seperti dia berada di Terengganu tetapi akses kita di Sepang tidaklah sebebas seperti di sini (Terengganu) jadi itu kelebihannya dimana dia mempunyai kelebihan fasiliti 'track' untuk dia berlatih setiap hari, ini tidak ada pada pelumba dari negeri lain.
"Pada awalnya susah untuk kita percaya Malaysia mejadi juara dunia dalam sukan permotoran kalau kita lihat sejarah sukan permotoran kita jauh di belakang 'european country' tetapi Qabil Irfan telah membuktikan bahawa Malaysia khususnya Terengganu mempunyai bakat yang luar biasa.
'Semestinya saya berharap dengan segala sambutan ini, Qabil Irfan berpijak di bumi yang nyata, merendah diri, teruskan usaha untuk dia pergi ke peringkat yang seterusnya dan saya sudah ada pelan untuknya berlumba di peringkat yang seterusnya," tambahnya.