Terengganu Tumpu Projek Gas, Hidrogen Hijau dan Kredit Karbon
KUALA TERENGGANU, 8 Januari - Bukan sahaja menjadi pelajar yang terawal memasuki Markaz Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (MTOKUMP) malah dia juga berjaya menjadi pelajar pertama menghabiskan hafalan 30 juzuk al-Quran
Itulah kisah luar biasa Muhammad Ifram Abdul Rahman, 21, yang menjadi kebangaan ibunya, Zarina Mustafa, 55 serta guru pembimbingnya, Abdullah Basri Abu Bakar Al-Hafiz.
Berkongsi detik manis itu, katanya dia mula mendaftarkan diri di institusi berkenaan pada tahun 2018.
"Alhamdulillah saya bersyukur kerana telah berjaya menamatkan hafalan al-Quran saya selama tiga tahun selepas ini saya merancang untuk meneruskan pengajian dalam bidang hadis.
"Bercita-cita untuk menyambung pengajian ke Timur Tengah, namun dengan keterbatasan yang saya miliki ini saya lebih memilih untuk meneruskan pengajian saya di Malaysia sahaja.
"Lagi pun di Malaysia saya dekat dengan keluarga serta tidak akan menghadapi sebarang masalah yang akan membuatkan pengajian saya terbantut," ujarnya anak keempat daripada enam orang adik beradik itu.
Dia berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Majlis Haflah At-Takrim Huffaz, Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP), yang dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, Dewan Auditorium Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, di sini kelmarin.
Sementara itu ibunya, Zarina berkata, anaknya itu merupakan yang pertama menjadi hafiz dalam keluarga.
Dia sebagai ibu tunggal selama ini membesarkan enam orang anak mengakui detik tersebut merupakan suatu yang sangat berharga dalam hidupnya.
"Apa yang dihajati dan diingini selama ini akhirnya termakbul. Sebenarnya dia dah minat dengan al-Quran ini sejak berada di bangku sekolah rendah lagi, jadi ketika matanya masih nampak dia telah mempelajari al-Quran.
"Sehinggalah ketika berada di darjah enam, dia telah mula mengalami masalah penglihatan yang ketara kerana masalah saraf. Apabila habis belajar di sekolah rendah, dengan minat tersebut, saya cuba hantar dia kemana-mana sekolah pondok, tahfiz dan madrasah.
"Semua tidak terima kerana alasannya tidak mempunyai tenaga pengajar, akhirnya setelah dibuka markaz tahfiz untuk OKU sepertinya, saya terus membuat keputusan untuk mendaftarkan dia, akhirnya berjaya mencapai apa yang dihasratkan olehnya selama ini," ujarnya.
Nasihat Zarina, ibu bapa yang memiliki anak seperti Irfam boleh menghantar anak ke MTOKUMP berkenaan.
Sementara itu, guru pembimbingnya, Abdullah Basri mengakui bahawa Ifram selama mengikuti pengajiannya selama tiga tahun sangat bersungguh-sungguh menghafal al-Quran.
"Dia boleh menjadi peransang atau inspirasi kepada pelajar yang lain serta masyarakat luar sana yang celik dan normal supaya lebih bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan menghafal al-Quran.
"Manakala bagi mereka yang mengalami nasib yang serupa jangan pernah berputus asa, kerana insan istimewa seperti ini dikurniakan oleh Allah bila menghafal dia memiliki ingatan yan kuat," jelasnya.