Berita :
Bengkel Strategik MPBT, Medan Memperkukuh Hala Tuju Pembangunan Belia
Bengkel Strategik MPBT, Medan Memperkukuh Hala Tuju Pembangunan Belia
Adli Mohamad
6 jam yang lepas
67

KUALA TERENGGANU, 19 April - Bengkel Strategik Majlis Pembangunan Belia Terengganu (MPBT) yang berlangsung di Paya Bunga Hotel baru-baru ini menjadi medan penting dalam memperkukuh hala tuju pembangunan belia negeri secara lebih tersusun, bersepadu dan berimpak tinggi.

Progam tersebut telah menghimpunkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan negeri, perseketuan, institusi pendidikan serta rakan strategik dalam membina ekosistem pembangunan belia yang lebih sistematik.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, bengkel terbabit bukan sekadar platform perbincangan, sebaliknya menjadi pemangkin kepada penyelarasan hala tuju pembangunan belia secara menyeluruh di Terengganu.

Katanya, keperluan kepada pendekatan yang lebih strategik dan berfokus adalah wajar dalam mendepani cabaran semasa.

"Melalui bengkel ini, kita berusaha merangka satu kerangka strategik yang jelas bagi memastikan setiap program dan inisiatif belia dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, berimpan dan berfokus.

"Pada masa sama, ia juga menjadi medium penting untuk memperkukuh kefahaman terhadap peranan serta fungsi MPBT dalam ekosistem pembangunan belia negeri,"katanya, ketika berucap merasmikan bengkel tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Kepimpinan Al-Fateh, Che Wan Mohd Faizul Che Wan Yusof berkata, bengkel yang diadakan itu telah menjadi asas penting dalam membina eskosistem pembangunan belia yang lebih bersepadu dan berterusan di Terengganu.

"Peranan kita bukan sekadar melaksanakan program, tetapi memastikan setiap inisiatif yang dirangka mampu membentuk bakat kepimpinan belia secara holistik, berstruktur dan berimpak tinggi,"ujarnya.

Tambah beliau, antara penekanan utama yang diketengahkan adalah pembangunan belia berteraskan lima agenda utama meliputi aspek keagamaan dan pembangunan insan, kepimpinan dan latihan, kebolehpasaran kerjaya dan keusahawanan, kecergasan dan kesejahteraan serta cakna dan suara belia.

Jelasnya, pendekatan berstruktur tersebut dilihat mampu melahirkan generasi muda yang bukan sahaja memiliki kemahiran yang tinggi, malah memiliki jati diri kukuh, berdaya saing dan bersedia memimpin pada masa hadapan.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan