lightning-solid
Berita :
Lampu Isyarat Meraga Beris Beroperasi, Legakan Pengguna Jalan Raya Kijal
Lampu Isyarat Meraga Beris Beroperasi, Legakan Pengguna Jalan Raya Kijal
Muhammad Fakhruddin Bin Nordin
9 jam yang lepas
129

KEMAMAN, 26 Ogos – Penantian penduduk dan pengguna jalan raya di Persimpangan Meraga Beris, Kijal berakhir apabila lampu isyarat di persimpangan berkenaan mula beroperasi hari ini bagi meningkatkan keselamatan serta melancarkan aliran trafik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris berkata, pemasangan lampu isyarat itu merupakan satu keperluan penting berikutan keadaan persimpangan berkenaan yang sering menjadi perhatian pengguna jalan raya, khususnya berkaitan aspek keselamatan. 

"Pengoperasian lampu isyarat ini diharapkan dapat memberi lebih keyakinan dan keselamatan kepada penduduk serta pengguna jalan raya yang melalui persimpangan Meraga Beris, selain membantu mengawal pergerakan kenderaan dengan lebih teratur," katanya ketika dihubungi

Jelasnya, usaha mendapatkan kemudahan lampu isyarat berkenaan dibuat susulan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna jalan raya serta kekerapan kemalangan yang berlaku di kawasan persimpangan berkenaan. 

"Kemudahan itu juga penting memandangkan persimpangan Meraga Beris merupakan antara laluan yang digunakan penduduk setempat untuk bergerak ke kawasan Kijal, Bukit Teruna dan Kampung Payoh," ujar beliau lagi.

Menurut Razali, pengoperasian lampu isyarat tersebut merupakan perkembangan positif hasil kerjasama antara wakil rakyat, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkaitan dalam menangani keperluan infrastruktur serta keselamatan jalan raya di kawasan berkenaan.

"Pengguna jalan raya bagaimanapun dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi lampu isyarat, mengurangkan kelajuan dan mengutamakan keselamatan ketika melalui persimpangan tersebut," tambahnya.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman sebelum ini turut mengeluarkan makluman rasmi mengenai pengoperasian lampu isyarat di Persimpangan Meraga Beris Kijal dan akan beroperasi pada jam 2 petang.

Justeru, kemudahan berkenaan diharapkan dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat dan pengguna jalan raya, selain menjadi salah satu langkah untuk meningkatkan tahap keselamatan serta pengurusan trafik di kawasan berkenaan.


Tag :

Artikel Berkaitan