Islam 'The Way Of Life'
MARANG 25 Oktober - Islam adalah acuan hidup manusia yang mesti diterjemahkan dalam hidup kita secara efektif dengan nilai profesionalisme dengan tiga Indeks Prestasi Utama (KPI) iaitu sebagai hamba, khalifah dan golongan yang menunaikan amanah kepada Allah.
Ibu bapa merupakan pencorak utama bagi mendidik anak-anak sama ada mahu menyahudikan, menasranikan atau memajusikan si anak itu.
Pendakwah Bebas, Zulkhairi Ngah berkata, kita perlu mempunyai ‘salimah aqidah’ iaitu aqidah yang sejahtera dengan menjadikan Allah sebagai matlamat diri dan perlu memiliki jiwa ketuhanan yang sedar diri iaitu status hamba kepada Allah.
"Selain menjadikan Allah sebagai matlamat, kita perlu menjiwai diri sebagai penyelamat dengan dua perkara, iaitu yang pertama mengajak orang kepada kebaikan bagi memenuhi nilai modal insan dan yang kedua mencegah kemungkaran dengan membina rangkaian manusia yang mencegah kemungkaran untuk mendidik ummah.
"Untuk melakukan dua kerja tersebut kita perlu mempunyai kekuatan diri dari segi rohani dan jasmani, sebagai penunai amanah kepada Allah", ujarnya.
Tambahnya lagi, zaman Rasulullah umat Islam sedikit tapi ‘ada bisa’. Sedangkan zaman sekarang jumlah umat Islam ramai tetapi ‘tiada bisa’,
Kuliah Dhuha ini telah disampaikan oleh jemputan khas di Pejabat Pas Kawasan Marang di kampung Rusila.
"kita perlu berusaha untuk membina semula jadi diri sebagai umat Islam dengan rasa wara’, qanaah kepada Allah disertai sikap fokus, cermat dan penuh teliti”, Pesan beliau.