Menjaga Maslahat Umum Lebih Utama Berbanding Perasaan Malu Pesalah
KEMAMAN, 25 Disember- Kerajaan negeri sedang memperinci puluhan klinik di Terengganu untuk disenaraikan sebagai panel pemegang Kad Sejahtera.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, melalui kad sama, pemegang layak mendapat rawatan perubatan wad kelas ketiga hospital secara percuma.
"Perbincangan berkaitan program itu sudah di peringkat akhir dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat" katanya.
Menurutnya, kemudahan itu bakal dinikmati oleh mereka yang disenaraikan dalam e-Kasih dan Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan RM500 seorang.
"Berdasarkan rekod, seramai 6,000 penerima disenaraikan dalam kategori itu dan layak memiliki kad sejahtera, " katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Pemasaran Berkesan anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di Pejabat Agama Daerah Kemaman, hari ini.
Seramai 200 peserta yang juga peminjam Projek Jaya Diri hadir pada program itu.
Hanafiah turut memberitahu, melalui program itu, mereka dilatih khas bagi memasarkan produk masing-masing secara atas talian dengan bayaran yang sangat berpatutan.
"Produk mereka bukan saja boleh dipasarkan ke serata negeri malah ke peringkat antarabangsa,"katanya