Artikel "Bisnes" Terkini
Pulau Perhentian Terima Bina Pora-Pora Bay Resort
KUALA TERENGGANU, 2 Disember- Pulau Perhentian bakal menerima projek pembinaan resort berskala besar, Pora-Pora Bay Resort dengan harga bilik anggaran RM4,000 untuk semalam.
Projek membabitkan kos RM500 juta di kawasan seluas 104 ekar itu akan dibina dalam tempoh terdekat dan dijangka mengambil masa antara lapan bulan hingga setahun untuk disiapkan....
01 Dec 21
2552
Cendol Pulut Durian Menangis Pikat Hati Penggemar
KUALA NERUS, 30 November - Cendol pulut sememangnya antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai, lebih mengiurkan sekiranya ia diserikan dengan isi durian segar, pulut atau diletakkan lebihan kacang merah.
Kadang-kadang disebabkan rasa kepingin, ada di antara kita sanggup memandu jauh mendapatkan cendol yang biasanya diadun bersama kuah santan dan...
30 Nov 21
1468
Daftar Niaga, Kerjasama Jabatan Bantu Usahawan Kecil
MARANG, 17 Oktober - Seramai 14 orang usahawan kecil di kawasan Rhu Rendang telah terlibat dalam pendaftaran perniagaan dalam satu program melibatkan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.
SSM telah membantu daftar niaga usahawan ini melibatkan pendaftaran secara percuma beberapa...
17 Oct 21
561
Pemuda Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan
DUNGUN, 5 Oktober - Di samping menjana pendapatannya sendiri, seorang pemuda turut berjaya memberi peluang suri rumah di kampungnya untuk menambah pendapatan keluarga.
Pemilik Alesha Bridal, Mohd Nasir Amin, 31, berkata, apabila mendapat tempahan baju atau pakaian pengantin, pihaknya akan menghantar barang-barang keperluan untuk dijahit di rumah masing-masing.
"Mereka bekerja...
04 Oct 21
324
YPU Boleh Bantu Usahawan Perkasa Ilmu Perniagaan Online
MARANG, 2 Ogos - Dalam Tempoh dan keadaan norma baru yang diamalkan ketika pandemik Covid-19 ini, platform secara atas talian memang sangat penting bagi orang-orang yang melakukan perniagaan.
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) adalah satu agensi yang menawarkan pelbagai khidmat untuk membantu usahawan dan para peniaga lebih-lebih lagi yang terkesan serta...
03 Aug 21
624
Wartawan 'TvSepuluh Kini' Tarik Perhatian Warga Kemaman
KEMAMAN, 31 Julai - Kemunculan seorang lelaki berperwatakan dan berketerampilan luar kebiasaan, kini menjadi perhatian serta tumpuan masyarakat komuniti di sini.
Beliau dengan gaya dan cara tersendiri hampir setiap hari membuat siaran langsung di 'Facebook' miliknya iaitu Wartawan 'TvSepuluh Kini'.
Beliau akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain...
31 Jul 21
2507
Piza Dapur Kayu Ulicafe Laris
KUALA TERENGGANU, 18 Julai - Lazimnya sajian dapur kayu diguna pakai mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, tetapi pemilik Ulicafe, Che Ku Nasir Ku Maidin, 40, yang mengusahakan piza mencipta kelainan apabila turut menggunakan kaedah itu di tengah-tengah pusat bandar.
Keberanian Che Ku Nasir yang mempromosikan sajian Itali sejak Februari...
17 Jul 21
1041
Usaha Tarik Pelabur Ke Terengganu Terus Giat Berjalan
KUALA TERENGGANU, 12 Julai - Terengganu terus mengorak langkah dalam menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di negeri ini sekali gus membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, pihaknya banyak terlibat dan berbincang dengan pelabur...
12 Jul 21
772
Gerai Makan Pasar Besar Chukai Dinaik Taraf
KEMAMAN, 12 Julai - Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) akan menaik taraf 10 unit gerai makan yang berada di belakang Pasar Besar Chukai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, kerja-kerja menaik taraf itu akan bermula selepas Hari Raya Aidiladha nanti dan ia dijangka mengambil masa lebih kurang dua...
12 Jul 21
531
Ayam Tin Minyak Aluminium Laris
KUALA NERUS, 21 April - Ramadan ibarat syurga bagi pembuat makanan atau menu yang unik kerana masakan mereka sering mendapat perhatian pembeli.
Makanan itu juga menjadi kesukaan ramai kerana 'dicipta' dengan pelbagai teknik khusus termasuklah dimasak menggunakan pasu, buluh atau tempayan.
Mohd Aisamuddin Razak, 34, dari Kampung Tok Jiring, tidak...
21 Apr 21
1172