'Kipre Mungkin Main Malam Ini'

KUALA TERENGGANU, 15 Julai- Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan dalam barisan pemainnya menjelang pertemuan dengan Kedah Darul Aman FC, malam ini.

Jelasnya, anak-anak buahnya seperti biasa sentiasa fokus pada momentum kemenangan lalu dalam pertemuan kali kedua selepas kemenangan ke atas lawan sama dalam saingan Piala FA , baru-baru ini.

"Sebelum ini kita menang dalam Piala FA, jadi kita tidak boleh terlalu konfiden. Cuma, ambil kesempatan peluang kita dan pemain perlu fokus untuk kita cuba memperbaiki kedudukan kita dengan mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan ini.

"Buat kita, kita bergantung kepada kecergasan pemain dalam latihan, mungkin akan ada peluang Tcheche (Kipre) boleh diturunkan pada perlawanan ini sekiranya beliau cergas, tetapi kita juga masih ada Petrus (Shitembi) dan pemain lain untuk mengisi ketiadaan pemain yang cedera," katanya.

 

 


Tag: