JPNT Urus Penghantaran 261 Calon SPM Ke Pusat Peperiksaan Alternatif
KUALA TERENGGANU, 11 Februari – Seramai lebih 100 pelajar mempersembahkan 70 jenis alatan muzik seni gamelan di Konsert Gamelan Cilik 2023 di sini hari ini.
Pengerusi PUSPANITA Negeri Terengganu, To’ Puan Nor Zaini Abdul Latif berkata pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada lapan buah Sekolah Rendah dan Menengah yang terpilih di negeri ini.
Katanya, program ini anjuran bersama Kerajaan Negeri, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
“Sebanyak 70 jenis alatan muzik gamelan dapat dikumpulkan dalam satu masa untuk beberapa persembahan pada konsert ini.
“Dengan menampilkan lagu-lagu dan tarian seperti Lambang Sari, Topeng Togok Nongga dan Ulek Seri Rama,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas Merasmikan Konsert Gamelan Cilik 2023 bertempat di Kampung Budaya, Muzium Terengganu di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Fadli Yusof Zakaria.
Tambah Nor Zaini, program itu julung kali diadakan di Terengganu dan mendapat sambutan yang baik oleh para peserta dan pengunjung yang hadir.
“Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai alat muzik gamelan yang kian lama menyepi.
Terdahulu katanya, gamelan merupakan satu tarian yang dipersembahkan di Istana sahaja sehingga menyebabkan ianya makin pupus.
Justeru itu, pihaknya telah menerapkan ilmu gamelan ini kepada para pelajar dari segi bermain alat muzik dan tarian supaya seni gamelan ini tidak putus.
"Untuk rekod, melalui kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, pihaknya telah dapat membimbing beberapa buah sekolah dalam memartabatkan seni gamelan.
“Secara tidak langsung dapat melahirkan pelapis yang dapat menguasai ilmu tersebut.
“Hanya dua tahun sahaja masa diperlukan oleh para pelajar untuk mempelajarinya sehingga dapat membuat persembahan dengan baik seperti konsert gamelan cilik pada hari ini,” katanya.