Masjid Bukit Payung Sahut Seruan Quran Hour
Sebahagian peserta Quran Hour. |
Imam Masjid Bukit Payung, Abdul Hab Ngah, 49, berkata program Quran Hour diadakan bagi meluaskan pendekatan pengajian Al-Quran kepada masyarakat.
"Melalui program ini kita dapat mempromosikan kepelbagaian medium untuk memahami Al-Quran selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama jemaah.
Pengurusan masjid, dari kiri: Mohd Sofhi, Imam 3 Ahmad Yahya dan Abdul Hab. |
"Kempen Quran Hour sempena kemerdekaan ini juga menjadi satu kelainan dalam menyampaikan rasa cinta kepada negara," katanya.
Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu dimulakan dengan bacaan surah Al-Naml secara beramai-ramai.
Guru pengajian Al-Tibyan masjid, Mohd Sofhi Zainuddin, 34, kemudiannya menyampaikan tazkirah berkenaan surah tersebut pada sesi terakhir program.
Quran Hour bawa kelainan dalam pengajian Al-Quran. |