Masyarakat Islam Perlu Tingkat Amal Ibadat
Masyarakat Islam diharapkan dapat mempertingkatkan amal ibadah dengan lebih baik selain menghidupkan dengan aktiviti yang bermanfaat pada Bulan Ramadan.
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Jailani Johari, berkata dibawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional, kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib rakyat,jadi tidak ada masalah untuk kita lakukan yang terbaik untuk mereka.
"Dan saya sarankan agar kita menyempurnakan keimanan dan meningkatkan ketaqwaan dengan melakukan nilai tambah seperti memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin dan kasihanilah anak-anak yatim, mengadakan majlis berbuka puasa kepada orang mukmin dan mengambil makanan yang berkhasiat dan halal serta tidak membazir,"kata Jailani.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan Hulu Terengganu dan Penyampaian Sumbangan kepada 80 Ibu Tunggal dan Keluarga Kurang Berkemampuan di Dataran Kuala Berang,hari ini.
Dalam majlis yang sama,kepimpinan masyarakat setempat termasuk Pergerakan Wanita UMNO Bahagian,Puteri UMNO Bahagian,ketua cawangan,pengerusi J3K,ketua-ketua jabatan turut menerima sumbangan berbentuk pakaian raya.
Sementara itu,Jailani juga meminta semua kepimpinan di Hulu Terengganu ini agar sentiasa bersatu padu berganding bahu merealisasikan agenda pembangunan rakyat terutamanya di daerah ini.
"Saya juga berharap semua pihak memberikan penekanan serius untuk menyelesaikan setiap masalah yang disuarakan oleh rakyat.
"Kita harus memberikan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkesan dalam merealisasikan pembangunan menyeluruh di Hulu Terengganu ini,"katanya lagi.
Beliau memberi keyakinan dengan barisan kepimpinan yang ada sekarang, Parlimen Hulu Terengganu mampu mengorak langkah lebih jauh dengan mengatur perancangan berstrategi dalam melaksanakan amanah dan tanggung-jawab yang terpikul.