A.Latiff melihat unjam yang dihasilkan para nelayan Pangkalan Merchang, di Jeti Pangkalan Merchang, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah Kassim |
Nelayan di Pangkalan Merchang termasuk dari kalangan sukarelawan perikanan (Super) Merchang hari ini meneruskan usaha melabuhkan 20 unit unjam kira-kira tiga batu nautika dari jeti pengkalan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang berkata, melalui peruntukan yang disalurkan pihaknya sebanyak 100 unit unjam berjaya dibina melalui kerjasama para nelayan dimana 80 unit daripadanya telah dilabuhkan pada 24 Mac lalu.
“Tujuan diletakkan unjam adalah untuk menggalakkan pembiakan ikan kerana unjam berfungsi sebagai pusat ikan berkumpul yang mana dikawasan ini lokasi pilihan nelayan menjalankan aktiviti menangkap ikan.
"Ini merupakan usaha para nelayan (Pangkalan Merchang) untuk menambah pendapatan,” ujarnya kepada pemberita di Majlis Pelancaran Super Merchang dan Melabuhkan Unjam di Jeti Sungai Merchang, Marang, hari ini.
Pada majlis itu, A.Latiff turut meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk persatuan nelayan zon pantai di kawasan itu.
“Ianya bagi membiayai pembelian pukat dan sebagainya yang diperlukan oleh para nelayan di kawasan Pengkalan Merchang, Pengkalan Nelayan Jambu Bongkok, Pengkalan Nelayan Pasir Puteh dan juga Pengkalan Nelayan Gong Balai,” ujarnya.
“Ianya bagi membiayai pembelian pukat dan sebagainya yang diperlukan oleh para nelayan di kawasan Pengkalan Merchang, Pengkalan Nelayan Jambu Bongkok, Pengkalan Nelayan Pasir Puteh dan juga Pengkalan Nelayan Gong Balai,” ujarnya.