lightning-solid
Berita :
PAS Sedia Ambil Alih PN
PAS Sedia Ambil Alih PN
Amirul Mohd
19 jam yang lepas
61

MARANG, 20 Februari — Presiden PAS hari ini mendedahkan kedudukan Ketua Pembangkang susulan pemecatan Hamzah Zainudin masih belum diputuskan dan akan dibincangkan semasa mesyuarat parti dalam masa terdekat.

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memaklumkan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas kuliah dhuha di Masjid Rusila pagi tadi.

Menurutnya, mesyuarat berkenaan dijangka diadakan dalam sehari dua lagi dan akan turut melibatkan perbincangan bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

“Insya-Allah mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat. Kita akan bincang termasuk dengan Pengerusi PN,” katanya.

Mengulas kemungkinan perbezaan pandangan dengan Bersatu berhubung jawatan Ketua Pembangkang, beliau berkata perkara itu masih belum diputuskan.

“Itu terpulang kepada kita, belum buat keputusan lagi. Tengok dulu,” ujarnya.

Abdul Hadi turut menyatakan hasrat PAS untuk mengambil alih kepimpinan PN, namun menegaskan keputusan mengenai Ketua Pembangkang masih terbuka.

Ditanya mengenai pertemuan beliau dengan Hamzah serta dakwaan penubuhan “rumah baru” atau parti baharu, beliau berkata semua pihak termasuk UMNO dan Bersatu telah menemuinya untuk mengemukakan pandangan masing-masing.

“Saya dengar hujah kedua-dua pihak dan kita nak selesaikan,” katanya.

Beliau menegaskan keutamaan ketika ini adalah untuk menyelamatkan dan mengukuhkan Perikatan Nasional.

“Yang penting kita nak selamatkan PN dulu. PAS berpendapat untuk memerintah negara mesti melibatkan semua pihak,” katanya.




Tag :

Artikel Berkaitan