Peneroka Warga Emas Ditemuikan Lemas Ketika Memukat Ikan
HULU TERENGGANU, 20 November - Seorang peneroka warga emas ditemukan lemas ketika memukat ikan di kawasan ladang sawit yang terletak di belakang kilang sawit Jerangau Barat, Ajil, Hulu Terengganu hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi tadi mayat Chik Mamat, 76 tahun, dijumpai penduduk yang secara kebetulan ke kawasan tersebut untuk menahan pukat.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Supritendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata pihaknya menerima maklumat dari orang awam yang memberitahu menjumpai mayat mangsa berdekatan dengan pukat ikan kira-kira 9.40 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Kita menerima maklumat daripada orang awam memberitahu telah menjumpai mangsa di dalam air berdekatan dengan pukat ikan.
"Polis bersama bantuan orang ramai telah mengeluarkan mangsa pada kedalaman air lebih kurang satu meter sebelum dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.
Kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu anak sulong mangsa, Zamani Chik, 55, tahun berkata ayahnya keluar kira- kira tujuh pagi tadi sebelum dimaklumkan penduduk kampung mengenai penemuan berkenaan.
“Ayah memang suka tahan pukat musim hujan, adik saya cakap ayah ke lokasi jam 7 pagi semalam, dan hari ini dia pergi ke lokasi angkat pukat,” katanya
Jenazah Allahyarham akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jerangau Barat selepas Solat Isyak.