Peruntukan RM650 Setahun, Bekalkan Florida
Kerajaan negeri melalui Syarikat Air Terengganu Berhad (SATU) memperuntukan sebanyak RM650,000 setahun untuk memastikan air terawat dibekalkan florida bagi membantu menguatkan gigi.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman berkata, air bersih dibekalkan pengguna sudah dicampur dengan flourida yang mampu membantu menguatkan gigi ketika di peringkat loji.
Katanya, penggunaan Flourida yang mampu membantu menguatkan gigi pengguna itu digunakan seperti ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Kadar penggunaan flourida dalam air terawat yang dibekalkan menepati tahap seperti ditetapkan KKM dan tidak membahayakan kepada pengguna.
"Sukatan flourida dilakukan di 12 loji utamadi seluruh negeri sepanjang masa," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada penduduk pada majlis tautan kasih di Kampung Ranggong Estat, Kemasik, semalam.
Ir Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik berkata, florida yang terkandung dalam air memainkan peranan untuk mencegah kerosakan gigi terutamanya kanak-kanak.
Katanya, kadar penggunaan flourida dalam air terawat yang dibekalkan SATU kepada pengguna melebihi tahap 0.4 mikroliter per liter dan mencapai tahap optimum seperti ditetapkan KKM.
"Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan kesihatan pengguna dan florida yang dicampur dalam air terawat antara kaedah untuk membantu menguatkan gigi," katanya.