Sebat di Khalayak : Tiada Isu Islamofobia, Selari Prinsip Islam - Ketua Hakim Syarie
Inisiatif calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung,To' Puan Zaitun Mat Amin mewujudkan Kaunter Aduan Bergerak menjadi medium terbaik dalam memberi khidmat secara langsung dan efektif kepada masyarakat setempat.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang itu berkata, kaunter bergerak berkenaan akan ditempatkan di kawasan tumpuan orang ramai supaya masyarakat lebih mudah untuk berhubung serta bersemuka dengan pemimpin tempatan."Kaunter aduan ini adalah manifesto tambahan saya bagi DUN ini. Tujuannya supaya rakyat dapat mengutarakan sebarang masalah kepada wakil mereka untuk dibawa ke peringkat atasan.
"Sebelum ini, rakyat sukar bertemu dan menyuarakan pendapat kepada pemimpin di sini. Ini adalah usaha untuk mendekatkan hubungan pemimpin dan rakyat. Ianya jadi lebih mudah apabila kita yang turun kepada rakyat untuk mendengar masalah mereka," katanya ketika ditemui pemberita sejurus pelancaran oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil di Dewan Sivik Bukit Payong, hari ini.
Buat masa ini, Zaitun berkata, beliau tidak mengehadkan permasalahan atau pendapat yang diterima daripada masyarakat Bukit Payung, malah menerima kesemuanya dan akan berusaha menyelesaikan sebaik mungkin sekiranya terus diberi mandat pada 9 Mei ini.
"Kita akan cuba selesaikan apa masalah sekalipun dan membawa Kaunter Aduan Bergerak menyelusuri seluruh pelusuk kampung bagi memberi khidmat terbaik kepada masyarakat," tegas beliau lagi.