
Calon Barisan Nasional (BN), To' Puan Zaitun Mat Amin sempat beramah mesra dengan pengundi- pengundi di kawasan itu sebelum dan selesai membuang undi.
Beliau juga sempat bertemu dan bergambar dengan calon Pas, Mohd Noor Hamzah di pusat pengundian Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Bukit Payung, pagi tadi.