Pemerhati Orang Asli Curi Tumpuan Pembentangan Belanjawan Terengganu
Rosol mendekati seorang penduduk Kuala Berang yang kurang upaya dalam lawatan ke kawasan itu, kelmarin. Foto oleh Hasmizi Hamid |
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Rosol Wahid dilihat sebagai pemimpin paling layak dan sesuai memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pandangan ini disuarakan oleh sebahagian besar masyarakat yang ditemui malah turut meminta pengundi menolak pembangkang, sama ada Pas dan juga Parti Keadilan Rakyat yang dikatakan tidak mampu meneruskan legasi kepimpinan BN sebelum ini.
Nawawi |
Seorang penduduk, Nawawi Ismail, 45, dari Kampung Buluh, berkata, siapa pun calon pada PRU14 ini, sokongan penuh wajar diberikan oleh pengundi asalkan mewakili parti BN serta mampu meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan.
"Kita pernah ada pengalaman sebelum ini iaitu pada tahun 1999 apabila pembangkang diberi peluang untuk mentadbir tetapi mereka telah mengabai dan mensia-siakan kebajikan serta gagal membawa pembangunan untuk faedah rakyat,"katanya kepada Teganukita ketika ditemui di Majlis Sepetang Bersama Veteran ATM Cawangan Hulu Terengganu di Plaza Rahmat OKB,Kuala Berang, hari ini.
Halimah |
"Semua pengundi harus bijak memilih...apa yang pembangkang boleh bagi setakat ini, hanya BN yang bantu rakyat sejak dahulu..hanya BN yang faham apa yang kami nak," katanya lagi
Sementara itu, calon berkenaan, Rosol berkata, beliau melihat satu sambutan yang cukup memberangsangkan terhadapnya sebagai calon parlimen daripada masyarakat terutama pengundi.
"Saya melihat sokongan ini tidak pernah putus setiap kali turun padang ke kampung-kampung apabila pengundi datang berjumpa dan menyatakan akan memberi undi kepada saya yang mewakili BN pada 9 Mei ini.
"Saya cukup berharap kepada semua pengundi P038, buatlah pilihan terbaik dan jangan lupa bahawa hanya parti keramat BN ini sebagai parti yang dapat meneruskan kesinambungan pemerintahan yang sedia ada dan kekal menjaga kebajikan rakyat," ujarnya.