PRU14: Tsunami Biru Melanda Chukai


Boom Kim

Tsunami biru yang melanda Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) membuktikan sebagai penanda aras DUN itu akan kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Ironinya, kedudukan pembangkang di DUN itu sudah makin goyah. Sokongan kepada BN juga terbukti dizahirkan ramai pengundi termasuk di kalangan masyarakat Tionghua  Chukai yang berharap kerusi disandang oleh Pas itu berbalik semula kepada BN.

Ketua Wanita MCA Bahagian Kemaman, Boom Kim Lain berkata, pengundi kaum Tionghua lebih berpihak untuk mengundi BN kerana mahu BN kekal menjadi peneraju kerajaan negeri serta Pusat.

“Sebelum ini Dato' Mohamed Awang Tera (calon BN DUN Chukai) pernah jadi wakil rakyat kita selama dua penggal dan perhubungan masyarakat Cina dengan beliau selaku ADUN ketika itu sungguh baik dan akrab kerana sikap beliau yang prihatin dan cakna kepada rakyat tanpa mengira kaum.

“Masyarakat Tionghua Kemaman juga memberi respon positif dan hasil tinjauan saya mendapati mereka memang mahukan Dato' Mat (menang),"katanya .

Menurut Boom Kim, calon BN itu juga tiada masalah jika rakyat meminta bantuan dan sentiasa berhubung rapat dengan semua masyarakat di Chukai bagi menyelesaikan setiap isu dengan segerA.

Selain itu juga, masyarakat Tionghua turut menyatakan sokongan terhadap calon BN Parlimen Kemaman (P040) yang juga merupakan Ahli Tertinggi UMNO, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek selaku penyandang Ahli Parlimen itu.

Seorang lagi pengundi Chukai, Lip Voon Toong berkata, dia sangat menyukai dan menghormati dua tokoh kepimpinan DUN dan parlimen Kemaman itu sekali gus mahu kedua-duanya memenangi PRU ini.


Lip Voon


“Bagi saya MCA menyokong beliau kerana sepanjang bergelar menteri, Dato' Shabery amat menjaga dan prihatin kepada masyarakat Tionghua Kemaman dan juga peka dengan kesejahteraan rakyat di daerah itu termasuk menyediakan perkhidmatan bas Kemaman `shuttle'.

“Bagi calon DUN pula, tiada sebarang masalah yang timbul kerana atas sikap beliau yang sangat bertanggungjawab terhadap pengundi-pengundi BN dan saya juga yakin bahawa kaum Cina semua akan memberi sokongan  tidak berbelah bahagi kepada beliau,” katanya.

Rosniaziza
Seorang lagi pengundi dari Kampung Paya Berenjut, Rosniaziza Omar, 41, berkata,sebelum ini dia sudah mengundi sebanyak tiga kali dan tidak pernah mengharapkan parti lain menang melainkan BN.

"Berdebar-debar juga nak keluar mengundi untuk kali keempat esok (hari ini) sebab suasana PRU14 ini lain sikit dari sebelum ini. Kalau PRU13 dan sebelum ini di DUN Chukai cuma dua penjuru tapi kali ini tiga penjuru.

"Sebab itu perang bendera pun meriah dan naikkan lagi semangat untuk keluar memangkah calon dan parti pilihan saya," katanya yang akan membuang undi di Sekolah Menengah Elit Mak Lagam.

Nik Imran

Seorang lagi anak muda, Nik Arman Nik Ahmad berkata, dia sangat yakin dan berharap calon BN DUN Chukai dikenali sebagai pemimpin yang peramah dan bertanggungjawab itu akan memenangi kerusi itu serta menafikan kuasa pembangkang.


“Saya berasa terharu dengan adanya calon seperti Dato’ Mat kerana sentiasa prihatin terhadap penduduk-penduduk Kemaman terutama di Chukai sendiri.

“Zaman beliau memenangi kerusi ini sepanjang dua penggal pada PRU11 dan 12 lalu, Dato' Mat memang sangat merendah diri dan sentiasa menjaga kebajikan kita semua,"katanya lagi.

Tag: