![]() |
Ahmad Razif (kiri) bersama Halina dan Zaitun (dua dari kanan) mengaminkan doa di majlis masuk kampung di Balai JKKK Kampung Surau Haji Yaakob, DUN Bukit Payung. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim |
Barisan Nasional (BN) Terengganu mahu melahirkan `iron lady' negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.
Turut hadir isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Dato' Muda Mamat.
Hadir sama, calon Parlimen Marang, Mohamad Nor Endut dan calon Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin.
Menurut beliau lagi, DUN yang diwakili kedua-dua calon wanita, Bukit Payung dan Sura (Datuk Zainun Abu Bakar) bukan kerusi yang mudah, berikutan disandang oleh pembangkang. Bagaimanapun, prestasi semasa yang baik selepas empat hari berkempen mula memberi petunjuk yang baik untuk BN merampas semula kedua-dua kerusi itu.
Tambahnya, beliau mahu dua calon wanita itu membuktikan keupayaan untuk memenangi PRU14 ini dan menjadi wakil yang mampu membela nasib wanita dengan lebih agresif sekali gus memperkasakan taraf kehidupan golongan itu.
"Mereka (Zaitun dan Zainun) ini sangat gigih. JR (Jalinan Rakyat) di kedua-dua DUN ini akan bekerja bermati-matian, kerana mereka adalah di kalangan Ketua Wanita UMNO Bahagian masing-masing. Saya yakin, kedua-dua kerusi yang kita letakkan calon wanita ini akan menyaksikan pertandingan yang sengit dan insyaAllah akan memihak kepada kita,"katanya.
Ahmad Razif juga yakin calon BN Bukit Payung itu mendapat sokongan tidak berbelah bahagi suami beliau (Pengarah UKOM) yang sarat dengan pengalaman politik apabila pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selama dua penggal (1986-1995) dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)) Binjai yang kini dikenali Pengkalan Berangan selama empat penggal (1982- 1999).
Selain menjadi Ketua UMNO Bahagian Marang selama 21 tahun (1985-2004), Muda juga dilantik sebagai Pengerusi Biro Penaziran UMNO Negeri sejak 2014 sehingga kini.