• 18 Okt 2024 | 15 Rabiul Akhir 1446

Sedia Kaji Cadangan AP Khas Untuk Produk Berunsur Babi -Ahmad Maslan




Cadangan mewujudkan permit import(AP)khusus untuk produk yang mempunyai unsur babi sebelum dibawa masuk ke Malaysia sedia dikaji oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kata Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Maslan.

Katanya, cadangan wujudkan AP amat bagus dan membolehkan kita berwaspada dengan produk halal atau haram.

"Kita tidak ada masalah dan akan mengarahkan pegawai-pegawai di kementerian buat kajian sama ada AP khas perlu dikenakan terhadap mana-mana produk yang punyai unsur tersebut termasuk sebarang cadangan tentang kehalalan produk yang dibawa masuk ke negara ini.

"Bawah MITI, kita ada Halal Development Corporation(HDC).Malah kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim)di bawah Majlis Halal Malaysia yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri,"kata Ahmad.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kilang RMK Timur Qaseh Sdn Bhd, di Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.

Ahmad yang diminta mengulas isu semua produk berunsur babi yang dibawa masuk ke Malaysia perlu diwujudkan AP khas seperti  yang telah disarankan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Ini berikutan sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan beberapa pihak mahu kerajaan mewujudkan AP khas itu bagi mengesan pihak yang terlibat dalam import barangan yang mempunyai unsur babi.

Tag: