Berita :
Sikap Terpuji JPKK Cuci Sisa Selut Projek Saliran Dipuji
Sikap Terpuji JPKK Cuci Sisa Selut Projek Saliran Dipuji
Hidayah Azlin
1 jam yang lepas
64

SETIU, 13 Mei – Sikap proaktif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Cabang 3 Oh, Jabi yang mengambil inisiatif membersihkan sisa selut di atas jalan raya mendapat pujian ramai.

Isu tersebut timbul susulan kerja-kerja pembinaan saliran pertanian di kawasan sawah padi oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Ketara yang baru sahaja disiapkan di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr. Azman Ibrahim berkata, tindakan pantas pihak JPKK tersebut secara tidak langsung berjaya menyelesaikan sungutan penduduk setempat.

"Kerja selesai, sungutan rakyat juga selesai. Pembinaan saliran pertanian oleh IADA Ketara sebelum ini meninggalkan sisa selut di atas jalan. Walaupun projek telah siap, namun terdapat isu (kebersihan) yang ditinggalkan," katanya. 

Menurut Dr. Azman, langkah yang diambil oleh JPKK Cabang 3 Oh Jabi itu amat dihargai kerana mereka bertindak tanpa kerenah birokrasi demi keselesaan pengguna jalan raya.

"JPKK Cabang 3 Oh Jabi mengambil langkah terpuji dengan mencuci jalan tersebut tanpa banyak kerenah itu dan ini," tambahnya lagi.

Sebelum ini, kehadiran sisa selut di atas jalan raya sering menjadi kebimbangan para penduduk terutama penunggang motosikal kerana boleh mengundang risiko kemalangan jalan raya, lebih-lebih lagi selepas waktu hujan.

Tindakan pembersihan tersebut kini memastikan laluan berkenaan kembali selamat untuk digunakan oleh semua pihak.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan