MARANG, 29 Disember -Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar) memberi amaran sekeras- sekerasnya agar menghentikan segera aktiviti tidak bermoral, terutama ketika menjelang tahun baru tidak lama lagi.
Operasi akan diadakan secara besar-besaran di lokasi-lokasi tertentu bagi mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku lebih-lebih lagi melibatkan generasi muda.
Ketua Skuad Amar Marang, Nasaruddin Samsudeng berkata, sebaran meluas secara maya telah dibuat sebagai amaran bagi membendung dan menyahut ke arah seruan sifat maksiat di Terengganu.
Katanya, operasi kali ini lebih kepada pencegahan awal, oleh sebab itu, hebahan berkaitan operasi telah dibuat awal melalui media massa, poster dan menggantung 'banner'.
"Skuad Amar akan melakukan dua sesi, iaitu sesi pertama adalah membuat tinjauan di kawasan tumpuan seperti pusat peranginan, pantai, bermula lewat petang manakala sesi kedua pula akan melibatkan serbuan di hotel, chalet dan rumah tumpangan pada lewat malam, "katanya.
Menurutnya ketika ditemubual wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman, beberapa keping banner juga akan mula digantung pada keesokan hari di beberapa lokasi tertentu di sekitar daerah ini.
"Skuad Amar juga mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada bahagian Penguatkuasaan Syariah daripada Pejabat Agama Daerah Marang.
"Kita mengharapkan masyarakat bersama-sama dengan kita dalam mendidik generasi muda atau remaja terutamanya anak-anak kita, agar menjaga batas pergaulan dan tatacara berhibur mengikut ajaran dan syarikat islam.
"Menjelang tahun baru, satu operasi akan diadakan secara besar-besaran di lokasi-lokasi tertentu bagi mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku lebih-lebih lagi melibatkan generasi muda,"katanya.