Tangani Isu Pembaziran Sisa Makanan
KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Isu pembaziran sisa pepejal terutama sisa makanan perlu ditangani oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan menggubal satu akta khusus bagi mengawal keadaan tersebut daripada terus meningkat saban tahun.
Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid berkata, usaha itu perlu ditangani dengan serius.
"Sejauh manakah usahasama antara pihak KPKT dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mewujudkan satu teknologi dalam menangani isu pembaziran ini secara efektif, selamat dan mudah", tanya beliau.
Sebanyak 38 ribu metrik tan sisa pepejal dijana dalam masa satu bulan di Malaysia dan 45 peratus daripadanya adalah sisa makanan.
Kerajaan juga telah menjalankan beberapa kempen bagi mengatasi masalah ini antaranya ialah kempen kesedaran