Tengku Muhammad Ismail Saksi Kemenangan Terengganu

KUALA NERUS, 13 Oktober - Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyaksikan aksi suku akhir Piala Agong 2024 yang mempertemukan pasukan Terengganu menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semalam.

Keberangkatan tiba baginda di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail disambut Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ir Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan, Hishamuddin Abdul Karim pada jam 3.00 petang.

Hadir sama menyambut keberangkatan tiba ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Rasid Jusoh dan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Amir Amri Mohammad.

Pada perlawanan berkenaan, Terengganu menewaskan ATM 39-29 untuk menempah tempat ke separuh akhir Piala Agong 2024.

Terengganu mendahului ATM pada separuh masa pertama dengan keputusan 24-8.

Tuan rumah menambah derita pelawat dengan dua try, satu conversion dan datu penalti pada separuh masa kedua.

ATM cuba bangkit dengan melakukan tiga try dan tiga conversion, tetapi tidak berjaya menafikan kemenangan Terengganu di bumi Darul Iman.

 

 


Tag: