Zuraida (dua dari kiri) menyerahkan replika check kepada seorang ibu tunggal di sebuah hotel di Kuala Ibai hari ini. |
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Hajah Zuraida Md Nor berkata dengan ilmu, wanita negeri itu mampu berdikari sekaligus mengurangkan bebanan tanggungan nafkah pihak suami.
Katanya, dengan ilmu wanita Terengganu dapat memanfaatkannya untuk berusaha membantu suami mengurangkan beban tanggungan dan tabah menghadapi segala kesusahan hidup berumahtangga.
"Apa lagi jika berlaku perceraian sudah tentu wanita tidak perlu terbeban dengan masalah hasil dari perceraian itu.
"Mereka perlu berusaha menyelesaikan masalah dengan memanfaat ilmu yang diperolehi," jelasnya.
Katanya, mereka perlu hadir di majlis ilmu yang diatur oleh kerajaan untuk tujuan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu Siri 1 2019 di sebuah hotel di Kuala Ibai di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Hakim Syarie, Haji Wan Mohd Zakri Wan Mohd dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), M Rozi Bidin.
Seterusnya Zuraida berkata, menurut statistik kerajaan negeri mendapati kes perceraian negeri Terengganu mulai dari tahun lalu hingga awal tahun ini berjumlah 22,927 kes.
Katanya angka perceraian itu sangat tinggi dan membimbangkan.
Menurutnya sebanyak 1,300 kes tahun ini dirujuk kepada BSK bagi menyelesaikan nafkah anak yang terabai akibat perceraian.
"Kerajaan tidak akan berkompromi dengan suami yang mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak selepas bercerai kerana tindakan itu menyusahkan anak-anak mereka sendiri," jelasnya.
Seramai 35 orang ibu tunggal menerima bantuan pendahuluan nafkah anak di majlis yang sama bertujuan meringankan bebanan mereka menanggung anak selepas perceraian.
Pendahuluan nafkah tersebut adalah hasil sumbangan dari MAIDAM.
Zuraida |