Pentadbiran Masjid Perlu Lapor Jika Ada Ajaran Meragukan - Sultan Mizan
KUALA NERUS, 13 Disember - Terengganu FC mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala AFC apabila menang 2-0 ke atas Bali United FC pada aksi terakhir peringkat Kumpulan G, sebentar tadi.
Melayan kunjungan pasukan dari Indonesia itu di halaman sendiri, Sang Penyu memerlukan kemenangan besar bagi mengatasi kelab Kemboja, Phnom Penh Crown FC sebagai pasukan kedua terbaik untuk layak ke peringkat kalah mati.
Dengan ketiadaan Suhaimi Husin, pengendali pasukan, Tomislav Steinbruckner memberi peluang penjaga gol muda, Syed Muhammad Nasrulhaq membuat kemunculan pertama dalam saingan Piala AFC.
Terengganu FC bermula dengan baik di awal permainan dan agresif cuba menembusi kubu lawan.
Pada minit ke-21, Habib Haroon berjaya melakukan tandukan yang ditepis keluar penjaga gol lawan, Muhammad Ridho.
Dua minit kemudian, satu umpanan cantik Norhakim Hassan menemui Syahmi Zamri yang betul-betul berada di depan pintu gol, tetapi tidak berjaya diterjemahkan kepada gol.
Sang Penyu terus berusaha memecahkan kebuntuan jaringan.
Penjaring terbanyak pasukan, Ivan Mamut melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti namun ditepis Ridho pada minit ke-29.
Pada minit ke-37 Sony Norde pula menyerang kubu lawan, tetapi bola muntah di depan gol gagal disambar Syahmi.
Memasuki minit ke-39, Habib yang mengambil sepakan sudut melorongkan bola kepada Sony sebelum penyerang kelahiran Haiti itu melakukan sepakan tepat ke penjuru gawang untuk gol pertama tuan rumah.
Terengganu FC menamatkan separuh masa pertama dengan kelebihan tipis satu jaringan.
Pada minit ke-57, penyerang Bali United, Mohammed Rashid hampir menyamakan kedudukan buat pelawat, tetapi Syed Nasrulhaq pantas menyelamatkan keadaan.
Terengganu FC cuba menjarakkan kedudukan pada minit ke-63 namun lorongan Norhakim disia-siakan Sardor Kulmatov dan Ivan yang berada di depan gawang.
Pada minit ke-72, Ivan melakukan umpanan yang disudahkan Norhakim, bagaimanapun Ridho cemerlang menafikan peluang tersebut.
Memasuki minit ke-88, bermula dari satu serangan balas, lorongan Nurillo Tukhtasinov disudahkan Sardor untuk gol kedua pasukan.
Keputusan kekal 2-0 sehingga wisel penamat dibunyikan.
Terengganu FC mengumpul 12 mata di tempat kedua dengan tiga kemenangan dan tiga seri sepanjang saingan.
Kemenangan malam ini menjadi harapan kepada penyokong Terengganu FC menjelang pertemuan Phnom Penh Crown FC menentang kelab Myanmar, Shan United, esok