'Bah' Gelombang Ketiga Landa Hulu Terengganu, Dua PPS Dibuka
KUALA TERENGGANU, 13 Januari - Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) mencatat sejarah baru buat pasukannya apabila menerima penajaan bernilai lebih RM11 juta bagi musim 2023.
Kejayaan demi kejayaan yang dicapai pasukan itu memperlihatkan 25 syarikat dalam dan luar negara seperti Jepun, Taiwan, Indonesia dan Singapura turut serta menyokong TDG sebagai penaja musim ini.
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan, kepercayaan para penaja itu adalah hasil pencapaian membanggakan TSG menjuarai pelbagai peringkat pada musim 2022.
"Saya percaya itu (penajaan) merupakan satu pengiktirafan kepada pasukan ini. Apabila pencapaian baik, tentulah ramai yang ingin menaja.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua penaja dan saya percaya bahawa TSG telah membawa nama para penaja ke peringkat antarabangsa dengan baik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Memperkenalkan Pelumba dan Penaja TSG di Hotel Permai, semalam.
Tambahnya, pasukan TSG akan terus mempamerkan aksi terbaik bagi musim 2023.
"Yang pentingnya, TSG atau Terengganu sendiri kini dilihat sebagai 'branding' bagi sukan berbasikal.
"Mana-mana kita pergi orang sering mengaitkan kita dengan sukan berbasikal.
"Kita berharap, suatu masa nanti kita mampu menghantar pelumba kita ke peringkat tertinggi Tour de France," katanya.
Tahun lalu, TSG dinobatkan sebagai Juara Jelajah Asia UCI dengan memenangi 118 podium dan berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-31 dunia daripada 212 pasukan profesional.
Bahkan, TSG turut merampas kedudukan ketiga pasukan Benua Dunia UCI daripada 178 pasukan.