Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
SETIU, 26 September - Setiap Jabatan dan agensi pertanian negeri Terengganu mesti mengubah cara dan kaedah pendekatan untuk menarik minat golongan muda menerusi penggunaan teknologi digital dan IR 4.0.
Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar berkata, golongan tersebut lebih terdedah dengan kecanggihan teknologi berbanding kaedah tradisional sebelum ini.
Oleh itu, katanya, pihak yang terlibat perlu proaktif dan mempergiatkan usaha bagi membantu kerajaan dalam merealisasikan matlamat dan halatuju pertanian.
“Evolusi teknologi dalam pertanian hari ini membantu dalam pelbagai aspek. Bermula dengan penggunaan gajet atau peralatan, kaedah atau sistem yang digunakan, kita dapat melihat pembaharuan demi pembaharuan dilakukan.
"Hasilnya, kos operasi, tenaga buruh, masa dan penggunaan ruang dapat dikurangkan. Begitu juga teknik persembahan serta pembungkusan hasil pertanian juga telah jauh lebih bersih, kemas dan menarik semata-mata bagi memenuhi permintaan pasaran dan minat pengguna,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2019 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman di Dataran Pekan Jabi, disini pada hari ini.
Menurutnya, golongan muda sekarang tidak berminat dalam bidang pertanian berbanding orang tua.
“Kebanyakan peladang, petani dan nelayan majoritinya adalah terdiri daripada warga emas. Oleh itu, negara kekurangan pelapis generasi muda untuk memperhebat dan meneruskan kerancakan bidang pertanian negara kita.
“Oleh kerana itu, adalah jelas bahawa bidang pertanian bukan bidang yang berkelas rendah. Bidang pertanian merupakan sebuah bidang yang menjadi sumber rezeki yang kukuh kepada para petani, penternak dan nelayan,” ujarnya.
Justeru itu, beliau menyeru dan menyarankan agar para ibubapa dapat memupuk minta anak-anak muda mendekati bidang pertanian.
“Pelbagai insentif dan kemudahan disediakan bagi membuka peluang kepada pelapis dan pemain baharu dalam bidang pertanian.
“Walaupun tempat kerjanya tidak di pejabat berhawa dingin, namun jika dilaksanakan dengan tekun dan mengikut kaedah yang tepat, InsyaAllah anak kampung mampu menjadi usahawan dan jutawan kelak kerana berbudi kepada tanah,’’ tambah beliau.