Warga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Terengganu akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menerajui pentadbiran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, peserta Felcra akan terus bersemangat menzahirkan sokongan terhadap parti yang sudah banyak berjuang dan berjasa bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada generasi mereka.
"Pertemuan kita ini untuk kita sama-sama memperingati bahawa kita sudah berada di ambang PRU14. Felcra akan terus main peranan untuk membangkit semangat membantu apa jua yang perlu kita pertahankan (pentadbiran) sama ada kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.
"Kita melihat hanya UMNO sahaja yang dapat mempertahankan Malaysia supaya lebih maju dan ditransformasikan pada masa akan datang. Kita bukan hanya perlu memikirkan pilihan raya esok, malah kita perlu fikir untuk tempoh 20 tahun..30 tahun lagi (generasi akan datang),"katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kinabantangan berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar, Warga Felcra Berhad, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang ini.
Majlis dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Menurut Bung lagi, pemimpin BN dan UMNO juga sentiasa mentransformasikan perjuangan dan orientasi kerja mereka demi masa depan generasi akan datang sebagai wadah pelindung dan penyelamat bangsa.
"InsyaAllah Terengganu akan terus mencapai kejayaan dan melalui transformasi pada masa-masa akan datang.
"Saya juga cukup yakin dengan kepimpinan UMNO Terengganu yang diterajui Dato' Seri Ahmad Razif,"katanya.
Sementara itu, Felcra berjaya memajukan 19 kawasan di seluruh Terengganu membabitkan 178 projek dengan keluasan keseluruhan 23,474 hektar dengan melibatkan seramai 5,918 orang peserta.

Felcra Berhad juga mengagihkan kira-kira RM65 juta dividen bagi tempoh 2013 hingga 2017.