Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
KUALA TERENGGANU, 26 November - Lebih 110 orang akan dilantik sebagai rakan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi membantu agensi berkenaan mengenalpasti seramai mungkin mereka yang benar-benar miskin untuk dibantu.
Yang Dipertua MAIDAM, Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, inisiatif itu bagi memastikan tidak akan ada lagi mereka yang miskin terlepas pandang serta bantuan akan dapat disampaikan secara menyeluruh kepada fakir miskin.
"Saya tahu bahawa terdapat kalangan mereka yang benar-benar fakir tetapi payah hendak meminta dia senyap sahaja kerana itu saya arahkan para pegawai pergi ke kampung-kampung mencari golongan ini dan melakukan pemantauan, kerana itu kita melantik 'Rakan Maidam'.
"Ada juga yang kita dapati golongan ini terpaksa berhutang, dan apabila kita terima maklumat yang mereka benar-benar tidak mampu jadi kita tolong selesaikan masalah yang dihadapi, mereka yang dilantik ini akan sentiasa memantau, saya sangat malu apabila Ustaz Ebit Liew boleh mengenal pasti mereka yang susah dan segera dibantu sedangkan berada di Kuala Lumpur, kita yang ada di Terengganu ini tidak jumpa cari,"katanya.
Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, pada sidang media selepas merasmikan kursus Umrah Perdana dan Bantuan Zakat Ikhlas dengan kerjasama AMCARE, di Dewan Masjid Al-Muktafi Billah Shah Ladang , Masjid Ladang, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, pihaknya juga telah melantik pembantu amil untuk memudahkan lagi bantuan disampaikan kepada mereka yang dibelenggu kemiskinan.
"Kita akan berikan elauan bulanan, kerana kita tahu amil-amil yang ada tidak sempat dan kita hendak pastikan bantuan adalah menyeluruh, dan kita dapati lebih dari 2,000 keluarga yang benar-benar fakir untuk kita bagi bantuan secara bulanan,"katanya.