Abdul Hadi Dijangka Keluar IJN Dalam Masa Terdekat

KUALA NERUS, 26 Jun - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang beransur pulih dan dijangka dibenarkan keluar dalam masa terdekat setelah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 6 Jun yang lalu.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Duta Khas Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Ke Timur Tengah itu dilaporkan sudah bersedia untuk kembali menjalankan tugasnya.

"Beliau tidak lagi berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), kelihatan semakin ceria dan sangat teruja untuk bersama masyarakat.

"Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya rasa dia akan dibenarkan keluar dari hospital," katanya ketika ditemui pihak media, selepas melawat pusat pemberian vaksin secara 'Outreach', anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Sekolah Kebangsaan Kesom, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan yang berlainan, Ahli Parlimen Marang tersebut tetap aktif menulis artikel mengenai perkembangan semasa Islam terutamanya berkait dengan negara Palestin meskipun sedang menjalani rawatan.

Dalam pada itu juga buku terbaru Fiqh Siasah Khulafa' Al-Rasyidin Khalifah Abu Bakar telah pun dipasarkan bermula 24 Jun baru-baru ini. - Gambar Fail Media Presiden PAS.


Tag: