KUALA TERENGGANU, 23 Jun- Seorang Daie perlu menguasai pelbagai kemahiran bagi mewujudkan usaha dakwah yang lebih berkesan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berharap peluang yang diberikan alan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para peserta untuk menjadi daie terbaik.
"Kita tidak nafikan semua orang hebat, tetapi kerja dakwah bukan sahaja perlukan ilmu tetapi juga kemahiran yang perlu diasah dan dipelajari.
"Ini kerana dakwah bukan hanya berkisar kuliah tetapi juga menulis, menguruskan media sosial serta mempelbagaikan penggunaan teknologi seiring zaman," katanya.
Beliay berkata demikian ketika berucap pada di Hotel Grand Continental, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Ramlan Mahmud.
Mohd Nor menjelaskan, pelaksanaan program berbentuk kursus pemantapan adalah penting bagi membentuk para daie.
"Tahniah atas kejayaan melaksanakan program yang bermakna dalam menyediakan petugas membantu jabatan-jabatan untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat.
"Sebagai daie, apa yang paling penting mempunyai ruh dakwah.
"Hari ini, pendakwah tidak boleh meletakkan dirinya dalam masjid sahaja, sebaliknya perlu turun ke lapangan," katanya.
Tambahnya, para daie perlu bersedia meletakkan diri untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah menyebarkan Islam.
"Itulah yang perlu dibuat, dampingi anak-anak muda yang berpeleseran ketika ini, siapakah yang akan menemui mereka?," soalnya.