EKSPO TERENGGANU 2018 : Ekspo Disambung Hingga 6 Petang Esok


Perdana Menteri menyampaikan replika wau kepada kanak-kanak untuk membawa `Terengganu terbang tinggi ke serata dunia'  sevagai gimik pelancaran majlis penutup ekspo hari ini.Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim


Ekspo Terengganu 2018 yang sepatutnya berakhir pada jam 10 malam ini akan diteruskan sehari lagi sehingga jam 6 petang esok (Ahad), berikutan sambutan luar biasa pengunjung sepanjang seminggu program sejak 25 Februari lalu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengumumkan perkara itu, berkata lanjutan masa berkenaan adalah bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat negeri ini dapat meluangkan masa ke tapak program sehingga esok, memandangkan esok juga merupakan cuti umum sempena Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu.
“Sehingga semalam (hari keenam), ekspo ini telah menerima pengunjung lebih daripada 420,000 pengunjung dari seluruh Terengganu sekali gus mencapai sasaran sebagaimana kita mahu seramai 400,000 orang.


“Jadi, saya ingin umumkan yang ekspo Terengganu 2018 ini kita akan lanjutkan sehingga 6 petang esok supaya lebih ramai rakyat datang melihat sendiri kemajuan dan pembangunan di negeri ini, katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Ekspo Terengganu di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, hari ini. 

“Sehingga semalam (hari keenam), ekspo ini telah menerima pengunjung lebih daripada 420,000 pengunjung dari seluruh Terengganu sekali gus mencapai sasaran sebagaimana kita mahu seramai 400,000 orang.




“Jadi, saya ingin umumkan yang ekspo Terengganu 2018 ini kita akan lanjutkan sehingga 6 petang esok supaya lebih ramai rakyat datang melihat sendiri kemajuan dan pembangunan di negeri ini, katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Ekspo Terengganu di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.

 Turut hadir, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Sri Jailani Johari, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan Negeri Terengganu.

Ahmad Razif sebelum itu menzahirkan rasa gembira dengan sambutan luar biasa orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi tapak ekspo yang menyediakan pelbagai peluang dan perkhidmatan untuk dimanfaatkan oleh semua rakyat.



Tag: