• 08 Sept 2024 | 4 Rabiul Awal 1446

Hujan Lebat Dijangka Berterusan


KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kelantan sehingga 1:00 pagi esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dalam pada itu, menurutnya, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang sehingga Ahad, 16 Disember 2018.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," katanya.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Tag: