Berita :
Dr Azman Ucap Tahniah Pelantikan Dr Sam Sebagai Ketua Pembangkang Baharu
Dr Azman Ucap Tahniah Pelantikan Dr Sam Sebagai Ketua Pembangkang Baharu
Hidayah Azlin
4 jam yang lepas
62

KUALA TERENGGANU, 17 Mei – Kerajaan Negeri Terengganu menzahirkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang baharu.


Ucapan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr. Azman Ibrahim menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.


Dr. Azman menerusi hantaran ringkasnya turut mendoakan agar segala urusan pelantikan tersebut dipermudahkan dan diberkati.


"Tahniah Dr Sam atas pelantikan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Sii ruu 'alaa barakatillah (berjalanlah di atas keberkatan Allah)" katanya.


Dr. Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat bertugas kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Dr. Alias Razak yang kini menggalas tanggungjawab baharu sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Terengganu.


Pelantikan Ahmad Samsuri atau lebih dikenali sebagai 'Dr Sam' sebagai Ketua Pembangkang dijangka bakal memberi sinar dan dinamika baharu dalam lanskap politik tanah air, khususnya di peringkat Persekutuan.


Sementara itu, gandingan kepimpinan baharu di peringkat negeri dan pusat ini dijangka akan terus memperkukuh kedudukan serta pentadbiran Perikatan Nasional di Terengganu.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan