Artikel "Sidang DUN" Terkini
Laksana Strategi Tangani Pencemaran Tapak Pelupusan Sampah
KUALA TERENGGANU, 16 April – Pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan beberapa inisiatif dalam menangani isu pencemaran tapak pelupusan dan alam sekitar yang kian membimbangkan termasuk memperluas program guna semula barangan, pembelian e-waste, serta galakan pengkomposan sisa organik.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah...
17 Apr 25
236
Terengganu Berisiko Alami Krisis Bekalan Ayam?
KUALA TERENGGANU, 17 April – Terengganu kini berdepan risiko besar kehilangan lebih separuh ladang unggas sedia ada sekiranya isu kelulusan merancang (KM) yang membelenggu penternak tidak diselesaikan segera, sekali gus bakal menjejaskan keterjaminan bekalan ayam pedaging negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dr. Azman...
17 Apr 25
953
Lucut Hak Milik Pemilik Haiwan Berkeliaran
KUALA TERENGGANU, 17 April - Satu enakmen baharu perlu digubal bagi melaksanakan tindakan ke atas pemilik ternakan yang membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh berkata, mereka wajar dilucut hak atau hilang hak pemilikan terhadap haiwan...
17 Apr 25
215
Perbuatan Menghasut, Sengaja Tidak Solat Berdepan Tindakan Tegas
KUALA TERENGGANU, 17 April - Agensi di bawah portfolio dakwah dan pelaksanaan syariah akan meneruskan kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam memperkasakan dakwah secara langsung di tapak pasar malam bagi mengajak masyarakat menunaikan solat fardu.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata,...
17 Apr 25
324
Sikap 'Nak Simpan Buat Pusaka' Rugikan Negeri - Dr. Azman
KUALA TERENGGANU, 17 April – Pemilikan tanah tanpa usaha memajukannya hanya menjadikan ia beban dan kerugian kepada negeri, lebih-lebih lagi apabila alasan klasik 'nak simpan buat pusaka' masih menjadi jawapan utama pemilik tanah di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dr. Azman Ibrahim menegaskan...
17 Apr 25
382
Gejala Sosial Kalangan Belia Perlu Tindakan Serius
KUALA TERENGGANU, 17 April - Kerajaan Negeri terus komited membendung gejala sosial dalam kalangan anak muda dengan cara menangani masalah secara menyeluruh.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, agenda dibuat dengan melaksanakan pelbagai program intervensi secara strategik dan tersusun, melibatkan kerjasama antara agensi...
17 Apr 25
146
RM2 Juta Diperuntuk Bangunkan Infrastruktur Tanah Terbiar
KUALA TERENGGANU, 17 April – Kerajaan Terengganu telah menyalurkan lebih RM2 juta dalam tempoh tiga tahun sejak 2021 bagi membiayai pembinaan infrastruktur asas di kawasan tanah terbiar, sebagai pemangkin kepada usaha menjadikan tanah tidak diusahakan kembali produktif dan bernilai.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri,...
17 Apr 25
245
Terengganu Negeri Kedua Terbaik Bangunkan Tanah Terbiar
KUALA TERENGGANU, 17 April – Terengganu kini berada pada kedudukan kedua terbaik di Malaysia selepas Pahang dalam usaha memajukan semula tanah terbiar dengan pelbagai jenis tanaman pertanian sejak 15 tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, kejayaan ini hasil usaha...
17 Apr 25
304
Pekerja Premis Makanan Tiada Kod Pakaian Khusus, Tapi Wajib Sopan
KUALA TERENGGANU, 17 April – Kerajaan Negeri menekankan pemakaian sopan selaras dengan nilai budaya tempatan, sejajar dengan prinsip Indahnya Hidup Bersyariat bagi pekerja kedai makan atau restoran walaupun tiada garis panduan khusus mengenai kod pakaian terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata,...
17 Apr 25
221
Terengganu Perkukuh Usaha Perluas Pemilikan Sijil Halal
KUALA TERENGGANU, 17 April – Kerajaan Negeri Terengganu kini giat memperkukuh usaha bagi meningkatkan jumlah pengusaha yang memiliki sijil halal melalui pelbagai inisiatif tersusun dan strategik.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, usaha ini penting memandangkan Terengganu masih berada di kedudukan kedua...
17 Apr 25
205