Oleh : Zhahirah Zahid
DUNGUN - Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu
(Khairunnisa') bersedia untuk membantu memulihkan nasib ibu tunggal di seluruh Terengganu.
Ahli Jawatankuasa Khairunnisa', Siti Zaleha Mohamad berkata, sesetengah ibu tunggal yang tidak bekerja atau yang baru kehilangan suami atau suami yang terlantar sakit dan tidak mampu memberikan nafkah kepada keluarga memerlukan perhatian dan bantuan sepatutnya bagi mengurangkan bebanan itu.
Siti Zaleha |
"Kita mengambil berat soal kesihatan mereka dan perihal anak-anak mereka,"katanya ketika menghadiri Majlis Taklimat Kelab Ibu Tunggal Parlimen Dungun di Dewan Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Dungun, di sini, 16 Oktober.
Siti Zaleha berkata, di samping ibu sibuk mencari nafkah untuk menanggung keluarga, ramai di kalangan mereka juga pada masa yang sama tidak mengabaikan anak-anak mereka.