Video Promosi VisitMalaysia2026 Perlu Mencerminkan Majoriti Masyarakat Majmuk
Khuatir Lemas, Pencarian Masuk Hari Keempat
Oleh: Muhd Afiq Zohir
BESUT, 12 Disember - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja yang dikhuatiri lemas kini sudah memasuki hari keempat.
Terdahulu, mangsa, Mohd Syarif Mohd Zulkifli, 13, dilaporkan lemas ketika memancing bersama adiknya Mohd Syazwan Mohd Zulkifli, 10 tahun di sungai berhampiran Kampung Gong Duek baru-baru ini (9 Disember).
Pihak yang terlibat dalam membantu operasi ini ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Amal Malaysia (JAM), Alternative Riding Club (ARC) dan penduduk kampung.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mengadakan lawatan untuk meninjau tempat kejadian serta menziarahi keluarga mangsa.
“Hujan lebat sejak semalam menyukarkan operasi pencarian mangsa. Saya menyeru orang ramai untuk sentiasa berdoa bagi memudahkan operasi pencarian mangsa.
"Satu bilik gerakan operasi telah dibuka berdekatan dengan tempat kejadian manakala tempat operasi pencarian bermula di Kampung Tanjung Alir dan sepanjang Sungai Besut," katanya.