lightning-solid
Berita :
Pelbagaikan Program Masjid, Bentuk Masyarakat Dekat Dengan Allah
Pelbagaikan Program Masjid, Bentuk Masyarakat Dekat Dengan Allah
Ahmad Zaeem Zainudin
26 Jan 26
4

Oleh: Syahida Mohd

KUALA TERENGGANU, 26 Januari - Masjid tidak seharusnya berfungsi sebagai tempat ibadah semata-mata, sebaliknya perlu berperanan sebagai pusat penyatuan ummah dan pembinaan rohani masyarakat, selari dengan peranan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, pelaksanaan pelbagai program berbentuk kerohanian dan kemasyarakatan secara bersepadu di masjid-masjid dalam kawasan DUN Buluh Gading berjaya menarik penyertaan masyarakat setempat untuk bersama-sama mengimarahkan rumah Allah.

616853010_1526476322815256_3867701511540335343_n.jpg 359.81 KB
Menurut beliau, pendekatan mempelbagaikan program masjid terbukti berkesan dalam membina kefahaman agama, mengukuhkan ukhuwah serta mendekatkan masyarakat dengan nilai-nilai Islam secara berterusan.

"Tujuan kita menyusun dan melaksanakan program-program rohani ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendidik masyarakat agar sentiasa dekat dengan Allah SWT serta menjadikan masjid sebagai pusat kehidupan umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Keraian Jawatankuasa Harian Masjid DUN Buluh Gading, yang diadakan baru-baru ini.

Antara program telah dilaksanakan menerusi kerjasama masjid-masjid di kawasan berkenaan termasuk bacaan Mathurat pada pagi Jumaat awal setiap bulan, Program Pahlawan Subuh setiap tiga bulan, bacaan Surah Al-Mulk serta Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali selepas solat Isyak, ceramah sempena hari kebesaran Islam, Kem Sekolah, Karnival Jom Ke Masjid dan Karnival Indahnya Hidup Bersyariat.

617386366_1526475776148644_8385346920048110852_n.jpg 586.02 KB
Mengulas lanjut, Ridzuan menegaskan bahawa Kem Solat, yang lazimnya hanya dianjurkan pada musim cuti sekolah, wajar diperluaskan pelaksanaannya secara berkala dan lebih kerap memandangkan solat merupakan kewajipan asas atau Fardhu Ain yang perlu difahami dan diamalkan sejak usia awal.

"Ilmu dan penghayatan solat ini tidak boleh bersifat bermusim. Ia perlu diperkasakan secara berterusan kerana solat adalah tiang agama.

"Tidak memadai sekiranya kem solat hanya diadakan setahun sekali. Oleh itu, saya mencadangkan agar diwujudkan kelas fardu ain secara berterusan, sekurang kurangnya sebulan sekali disetiap masjid," ujarnya.

WhatsApp Image 2026-01-26 at 12.03.36 PM.jpeg 330.38 KB
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pihak pengurusan masjid agar tidak terlalu bimbang berkaitan aspek peruntukan dan kewangan dalam penganjuran program.

Menurutnya, semakin banyak aktiviti berfaedah dan bermanfaat dilaksanakan untuk masyarakat, semakin besar kepercayaan serta sokongan yang akan diberikan oleh orang ramai melalui sumbangan dan derma.

Beliau berharap usaha memakmurkan masjid melalui pendekatan inklusif dan berterusan ini dapat melahirkan masyarakat yang bukan sahaja aktif beribadah, malah berakhlak, berilmu dan bersatu padu.


Artikel Berkaitan