lightning-solid
Berita :
Penyerahan Rumah Baiti Jannati Jadi Sinar Harapan Buat Keluarga Mangsa Tragedi Tanah Runtuh
Penyerahan Rumah Baiti Jannati Jadi Sinar Harapan Buat Keluarga Mangsa Tragedi Tanah Runtuh
Wan Mohammad Omar Ajmain
1 hari yang lepas
122

HULU TERENGGANU, 5 Januari – Satu detik yang menyentuh perasaan tercatat hari ini apabila sebuah rumah Baiti Jannati diserahkan kepada keluarga Ruziah Fuad, mangsa tragedi tanah runtuh yang mengorbankan dua anaknya pada 29 November 2024 yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, tragedi berkenaan bukan sahaja memusnahkan kediaman keluarga tersebut, malah turut meragut dua nyawa daripada tujuh orang anak  Ruziah, satu kehilangan besar yang sukar digambarkan dengan kata-kata dan masih meninggalkan kesan mendalam kepada semua pihak.

610869907_1507979337521888_4349638080737630207_n.jpg 287.56 KB

"Tanah runtuh yang berlaku ini bukan sahaja memusnahkan seluruh rumah, namun dua anaknya juga turut terkorban. Ini ujian yang sangat berat buat Puan Ruziah sekeluarga dan semua pihak turut berduka atas kejadian waktu itu," katanya.

Beliau berkata lagi, meskipun tiada apa yang mampu menggantikan kehilangan insan tersayang, pembinaan rumah baharu ini diharap dapat menjadi tempat berteduh yang lebih selamat serta membawa sinar harapan baharu kepada keluarga yang diuji. 

"Rumah ini juga diharapkan menjadi ruang yang menghadirkan ketenangan, menguatkan hati serta menjadi simbol kasih sayang dan keprihatinan masyarakat terhadap mereka yang ditimpa musibah," ujarnya.

612007794_1507973220855833_5040673826474946308_n.jpg 396.04 KB

Maliaman turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) atas sumbangan pembinaan rumah tersebut, di samping menghargai peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta semua pihak yang telah membantu sejak awal tragedi sehingga penyerahan rumah ini direalisasikan.


Artikel Berkaitan