Perkhidmatan Awam Perlu Bersedia Dengan Pembaharuan

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos – Sektor perkhidmatan awam di Terengganu perlu bersedia membuat pembaharuan yang berterusan supaya sentiasa responsif, relevan dan berkesan dalam memenuhi keperluan serta harapan rakyat.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata cabaran terbesar dalam perkhidmatan awam sama ada di peringkat negeri atau persekutuan adalah berdepan dengan satu zaman baharu iaitu ekspektasi pelanggan atau rakyat.

“Kalau dahulu cara kita adalah ‘is the one way of strip’... apa yang dirancangkan oleh kerajaan, dilaksanakan oleh pentadbiran, diterima oleh rakyat. Tak puas hati ada, tapi cara mereka meluahkan itu sangat minima.

“Tetapi setelah zaman berubah dan dilihat pada masa waktu sekarang dan akan datang ini adalah `the governance of the state or the country` adalah bukan lagi ‘is the one-way strip’ tetapi merupakan timbal balas di antara kerajaan bersama dengan rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat negeri Terengganu tahun 2024 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, seramai 60 penerima anugerah terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan akan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta sijil dan plak.

Justeru itu katanya, pihak perkhidmatan awam memerlukan suatu cara yang baharu bagaimana mengurus tadbir dan melaksanakan apa jua dasar dan juga polisi yang ditetapkan oleh kerajaan dilaksanakan dengan cara terbaik.


Tag: