• 12 Okt 2024 | 09 Rabiul Akhir 1446

Piala Tun Abdul Razak 2024: Terengganu Intai Dua Tempat di Separuh Akhir

KUALA TERENGGANU, 8 Oktober- Setelah membelasah Negeri Sembilan dengan jaringan 10-0 semalam, pasukan hoki lelaki Terengganu mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan B dalam saingan TNB Piala Tun Abdul Razak 2024.

Setelah lima perlawanan, Terengganu mengumpul 15 mata  meraih kemenangan dalam semua perlawanan dan menempah slot ke peringkat separuh akhir. 

Hanelang akan bertemu Sabah dalam aksi terakhir Kumpulan B, pada jam 3.00 petang esok bagi memastikan rekod bersih kemenangan peringkat kumpulan.

Dalam pada itu, pasukan hoki wanita Terengganu kini berada di tangga kedua kumpulan B dengan tujuh mata di belakang pendahulu, Young Tigress yang mengumpul 10 mata.

Pasukan wanita akan turut beraksi pada jam 7.30 pagi menentang Melaka dalam perlawanan terakhir untuk mengesahkan tempat di separuh akhir.

 


Tag: